Kerjaya kelab Dimitris Salpingidis

PAOK

Salpingidis bermula menjadi seorang ahli gusti sebelum beliau dipanggil untuk bermain bola sepak.[2] Salpingidis memulakan kerjaya bola sepaknya ketika memasuki kelab remaja PAOK FC. Sebelum ke dunia bola sepak, beliau mengambil bahagian dalam acara gusti dan memiliki impian untuk mewakili negaranya ke Sukan Olimpik. Beliau tidak dapat tunaikan impiannya menjadi ahli gusti tetapi pemain bola sepak akhirnya terhasil pada tahun 2004. Pada 30 September 1999, beliau membuat penampilan pertama bola sepak menentang FC Lokomotivi Tbilisi dengan kemenangan 2-0. Beliau kemudian dipinjam ke kelab Kavala FC semasa dua musim, di mana beliau menjadi penjaring terbanyak Divisyen Kedua. Pada 25 Ogos 2002, beliau membuat debut liga untuk PAOK dan menang 4-1 ke atas Panathinaikos FC. Jaringan liga pertama beliau ketika menang 3-2 ke atas OFI Crete.

Pada musim seterusnya, PAOK memiliki penyerang hebat seperti Ioannis Okkas dan Giorgos Georgiadis. Salpingidis pada ketika itu menjadi penyerang pertama serta menjadi kapten pasukan. Pada musim 2003-04, pasukannya menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara. Kepentingan beliau dalam pasukan PAOK menyebabkan beliau dibenarkan terlepas perlawanan bersama skuad Olimpik Greece pada Sukan Olimpik di ibu kota tanah air beliau, Athens. Pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara menentang Maccabi Tel Aviv, kekalahan berpihak kepada pasukan beliau dan menyebabkan pemecatan jurulatih Anastasiadis. Pada musim 2005-06, beliau menjadi penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.

Panathinaikos

Pada 16 Ogos 2006, beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Panathinaikos dengan bayaran €1.8 juta. Perpindahan ini merupakan bayaran ketiga termahal antara semua pasukan Greek pada masa itu. Beliau membuat debut untuk Panathinaikos pada 20 Ogos dengan kemenangan 4-1 ke atas Aigalaio, di mana beliau menjaringkan hatrik.

Kembali ke PAOK

Selepas melalui musim yang baik selama empat tahun di Panathinaikos, Salpingidis kembali ke PAOK pada musim panas 2010. Pada 16 Jun 2010, Salpingidis secara rasminya menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab PAOK selepas kontraknya bersama kelab Panathinaikos tamat.

Pada 9 Januari 2011, beliau menjaringkan gol ke-100nya di Liga Super Greek menentang [[Asteras Tripoli F.C.|Asteras Tripoli]. Pada 3 November 2011, Salpingidis menjadi pemain Greek pertama yang menjaringkan banyak gol di Eropah.

Pada permulaan musim 2012-13, beliau menukar nombor jersinya dari 9 ke 14 iaitu nombor kegemarannya. Pada 17 Mac 2013, beliau melanjutkan kontrak selama tiga athun sehingga 2017 dengan harapan untuk menamatkan kariernya di kelab itu.

Beliau menjaringkan dua gol sepakan gunting pada 23 Februari 2013 menentang Kerkyra, menang 3-1. Pada 20 Mac 2013, beliau menjadi kapten pasukan PAOK selepas Pablo Garcia meninggalkan kelab. Beliau dilayangkan kad merah buat pertama kali dalam kariernya ketika PAOK menang 2-1 ke atas Platanias.